Ciri Taman Mahkota Jubli Emas

Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar 'Ali Saifuddien

Taman Mahkota Jubli Emas ialah taman berkeluasan 12 hektar (30 ekar) yang terletak di bahagian berdekatan kuala Sungai Kedayan dengan Sungai Brunei.[3] Taman ini mempunyai persiaran selebar 6 meter (20 kaki) untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, serta sebuah taman bunga dan kawasan lapang hijau untuk aktiviti riadah.[3]

Terdapat sebelas pusat akses ke dalam taman: sembilan dari darat dan dua dari sungai melalui jeti.[3] Salah satu pusat akses tersebut ialah melalui Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar 'Ali Saifuddien yang menyeberangi Sungai Kedayan dan menyambung taman dengan kawasan di seberang.[petikan diperlukan]